Pada zaman sekarang, kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Mereka boleh membuka dan menutup komputer serta boleh menerokai perkara-perkara baru. Namun sejauh manakah ICT boleh membawa manfaat kepada kanak-kanak khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ict juga boleh membawa keburukan kepada mereka.
Bagi ibubapa sekarang, terutamanya yang bekerja di kota metropolitan lebih cenderung bekerja daripada pagi hingga malam. Kanak- kanak akan menjadi bosan kerana tiada kawan untuk mereka bermain jadi mereka memilih untuk bermain permainan dalam komputer. Tugas mengasuh diberikan seratus peratus kepada orang gaji menyebabkan mereka tidak mendapat kawalan daripada ibubapa mereka sendiri.
Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu. Mereka boleh menjadi ketagih dalam permainan komputer.
Terdapat beberapa keburukan ICT dalam pendidikan kanak-kanak seperti
- Perkembangan mereka tidak akan berkembang kerana hanya duduk bermain komputer.
- kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka.
- kanak-kanak akan malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.
Penggunaan ICT kepada kanak-kanak haruslah dengan bimbingan dan guru-guru juga harus kreatif menyampaikan pengajaran mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ICT. Mencari maklumat dan teknik terbaru memanglah digalakkan kepada semua guru-guru di tadika namun jika ia disalahgunakan apa ertinya teknologi maklumat yang canggih sekiranya anak-anak didik kita menjadi mundur ke belakang ddan tidak ddapat berfikir ke arah pembentukan masa depan terutamanya tidak dapat memajukan negara.
No comments:
Post a Comment