Penggunaan ICT secara tidak langsung menambahbaikan dalam kehidupan masyarakat.
Maklumat tentang peluang perniagaan.
Dengan adanya ICT, terdapat kemudahan yang boleh diperolehi dengan cepat
seperti harga pasaran dan jualan terutamanya melalui internet serta peroleh mencari
pasaran baru bagi memudahkan proses tempahan, penghantaran dan pembayaran.
Contohnya seperti trend terkini yang banyak melakukan perniagaan secara on line.
Membuka peluang pekerjaan
masyarakat sekarang lebih mudah dan senang menggunakan internet untuk mencari
peluang pekerjaan dan memperoleh maklumat pekerjaan secara tidak langsung dapat
menjimatkan masa untuk mencari pekerjaan yang lain.
Kemahiran dan pembelajaran.
dengan adanya ICT, pembelajaran secara jarak jauh boleh dilakukan dengan
menggunakan internet seperti email, video dan sebagainya. Kemahiran lain juga
dapat ditingkatkan melalui kaedah-kaedah baru yang boleh dipelajari secara talian.
Penjagaan kesihatan
melalui internet, masyarakat boleh memperoleh sebarang maklumat tentang
penjagaan kesihatan dan langkah-langkah pencegahan bagi sesuatu penyakit tersebut.
Urusan Pentadbiran
Pengunaan ICT dapat mempercepatkan lagi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat
secara keseluruhannya.
Peranan ICT dalam pembangunan masyarakat


