Tuesday, 20 March 2012

PANDANGAN PARA ILMUAN TENTANG ICT


  • Rasullullah s.a.w pernah bersabda. maksudnya :
" Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu.  Allah akan permudahkan 
baginya jalan menuju ke syurga, maka sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya
untuk menaungi penuntut ilmu sebagai tanda meredai usahanya".  
Hadis ini memanifestasikan betapa menuntut ilmu itu adalah suatu usaha yang diredhai
dan dituntut dalam islam. 


Menurut Al-Attas (1978) kekaburan dan ketidak tepatan konsep ilmu yang 
dipimpin oleh pandangan Barat secular telah mengakibatkan banyak kezaliman 
kepada kehidupan manusia dan alam.  Dengan bantuan ICT, manusia pada hari ini
sememangnya mengetahui banyak perkara.  Namun kebanyakkan perkara yang 
diketahuinya itu tidak memasukkan hakikat - hakikat penting dalam kehidupan 
seperti kewujudan Tuhan, hari pembalasan, roh dirinya sendiri dan lain-lain 
yang hanya dapat diketahui melalui sumber wahyu.


Ilmuan Islam mempunyai pandangan yang pelbagai tentang pengertian dan 
konsep ilmunya.  Umumnya mereka bersepakat bahawa semua sumber ilmu 
pada hakikatnya datang daripada sumber yang satu.  Untuk memperolehi ilmu 
amat luas dan tidak terbatas.  Oleh itu ilmu yang sempurna atau mutlak 
adalah milik Allah s.w.t.


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) tidak disebut sebagai ilmu walaupun
ia menawarkan pelbagai maklumat yang rencam bentuknya.  Komputer yang 
amat canggih dan memiliki keupayaan  menyimpan maklumat yang sangat
banyak juga tidak dianggap sebagai berilmu kerana maklumat tersebut 
tidak memberikan apa - apa makna kepadanya.


Dalam era moden ini, telah banyak diperkatakan orang bahawa umat Islam 
ketinggalan dalam banyak bidang sains dan teknologi.  Namun SEDARKAH KITA  
bahawa para saintis barat yang menemui banyak penemuan yang merubah 
pandangan dan cara kita menjalani kehidupan.  Sebenarnya menggunakan dan 
mengasaskan kajian mereka dari penemuan para ilmuan Islam kita yang terdahulu.


Dengan kefahaman bahawa ICT adalah wasilah yang perlu dimanfaatkan secara 
optimum untuk melaksanakan proses kesepaduan ilmu yang sebenar.  Ilmuan Al-attas mencadangkan supaya seseorang itu mestilah terlebih dahulu menguasai
ilmu fardhu ain yang bertepatan dengan peringkat kehidupannya.


Menyedari hakikat bahawa pemilikan ilmu dapat menguasai elemens strategik 
yang sangat diperlukan oleh kehidupan manusia.  Kepentingan mengamalkan 
pendekatan selektif dan proaktif seperti yang cuba dilakukan Osman Bakar, 
Syed Hussien Nasr dan ramai lagi tokoh saintis moden Islam terhadap
sains dan teknologi barat perlu dipandang serius.


Usaha ini disokong oleh ulama tersohor Al - Qardhawi.  
Menurutnya, tidak terdapat sebarang dalil syariah yang melarang 
umat Islam mengambil pemikiran, kaedah atau sistem asing yang bermanfaat 
selagi tidak bercanggah ddengan syariah.  Ia akan menjadi lebih sempurna 
sekiranya nilai - nilai kerohanian Islam dapat diterapkan.

 
 











No comments:

Post a Comment