ICT (information dan communication technology) ataupun dikenali sebagai teknologi maklumat dan komunikasi adalah teknologi yang dapat menjimatkan masa untuk mengambil, memindahkan, menganalisis, menyimpan dan menyampaikan data menjadi sesuatu maklumat.
Teknologi maklumat tidak boleh dipisahkan dengan teknologi komputer dan telekomunikasi. Kebanyakkan orang ramai sanggup membayar harga yang mahal dan menempuh pelbagai cara untuk mendapatkan sesuatu maklumat kerana ianya tidak ternilai harganya. seperti diungkapkan Hartono (1990) bahawa maklumat ibarat darah yang mengalir di dalam tubuh dan sekiranya suatu sistem itu tidak lengkap untuk mendapatkan maklumat maka akan menjadi luruh dan akhirnya mati.
Berbagai hardware dan software telah tercipta dan tersedia dengan harga yang berpatutan untuk memenuhi keperluan maklumat yang lengkap, cepat, tepat, mudah dan murah. Tidak hairanlah penggunaan ICT semakin berleluasa di kalangan para siswazah, ahli perniagaan dan juga di kalangan kakitangan kerajaan.
Teknologi merujuk kepada perkakasan, perisian dan sistem telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat

No comments:
Post a Comment