Monday, 19 March 2012

PERKEMBANGAN ICT

Kaedah penyebaran maklumat berkembang mengikut peredaran zaman.  Peringkat perkembangan penyebaran maklumat adalah seperti berikut :

Peringkat pertama 
Maklumat dipindah dari seorang kepada seseorang lain secara lisan.  
Sebagai contoh beduk atau kentung di palu untuk memberitahu penduduk
kampung sesebuah kawasan mengenai waktu solat atau kematian di kawasan tersebut.

Peringkat kedua.
Maklumat dipindahkan dengan menulis atau melakar pada tanah liat, daun, batu dan 
cebisan kulit.  Ia disampaikan kepada pihak lain menggunakan perantaraan haiwan
atau manusia.  Contohnya,  burung merpati digunakan untuk menghantar mesej dari 
seorang pembesar kepada pembesar yang lain.

Peringkat ketiga
Penciptaan teknologi percetakan membolehkan maklumat disebarkan kepada ramai 
orang di pelbagai tempat dengan kos yang murah.  teknologi percetakan memberi kesan
kepada pembangunan masyarakat terutamanya di Negara Barat.

Peringkat keempat
Telekomunikasi moden bermula di England pada tahun 1937 dengan pengenalan telegrafik oleh
Cooke dan Wheatstone (Low 2000).  Ketika itu telegraf merupakan perkhidmatan yang mahal
dan hanya digunakan oleh industri tertentu seperti pasaran saham, akhbar dan ketenteraan.  
Keadaan tidak berubah sehinggalah Alexander Graham Bell mencipta telefon pada tahun 1875.  
Teknologi komunikasi terus berkembang dengan pesat.  penggunaan media elektronik 
seperti radio, television dan telefon berjaya mengurangi masa pemindahan maklumat.  
Polisi digubal untuk menentukan kos penyimpanan dan pemindahan maklumat secara elektronik.  Kebanyakan maklumat elektronik kecuali telefon memindahkan atau memancarkan maklumat 
secara satu hala sahaja.  Maklumat ini pula terletak pada tangan para penyiar. wartawan 
dan juga pengiklanan komersial yang beroperasi dalam kerangka peraturan awam.

Peringkat kelima
Teknologi media elektronik dan komputer digital bergabung untuk membentuk komunikasi 
komputer.  Teknologi gabungan ini berjaya menjimatkan masa, ruang dan kos.

Dapat dirumuskan bahawa pembangunan Teknologi Maklumat berjaya mengubah hubungan
antara tiga dimensi iaitu masa (kepantasan menghantar atau menerima maklumat),
ruang (berapa jarak jauh yang boleh hantar atau capai maklumat dalam masa yang tertentu) 
dan kos (berapakah kos yang perlu dibayar untuk menghantar atau menerima maklumat)


No comments:

Post a Comment